Kursus Akaun Perniagaan Cara Mudah

by | 20 Jan 2021 | Kursus | 0 comments

Home 9 Kursus 9 Kursus Akaun Perniagaan Cara Mudah

Richmind Legacy Sdn Bhd menganjurkan Kursus Akaun Perniagaan Cara Mudah untuk tahun 2021 kepada individu atau syarikat terutama kepada:

  • Pemilik perniagaan enterprise
  • Pengurus akaun syarikat
  • Pengurus akaun perniagaan
  • Kerani akaun syarikat
  • Pembantu akauntan syarikat

Modul Kursus Akaun Perniagaan

Didalam Kursus Akaun Perniagaan Cara Mudah ini, peserta akan didedahkan dan diajar dengan menyeluruh berkenaan semua aspek perakaunan perniagaan yang perlu dan penting didalam menguruskan akaun perniagaan syarikat.

Kursus akan dijalankan selama 2 hari dengan 8 modul lengkap untuk peserta.

Antara modul penting yang akan dimasukkan didalam Kursus Akaun Perniagaan Cara Mudah ini adalah:

  • Modul 1: Konsep Perakaunan
  • Modul 2: Dokumen Perniagaan
  • Modul 3: Kawalan Stok dan Aset
  • Modul 4: Pengurusan Tunai dan Bank
  • Modul 5: Penutupan Akaun Bulanan
  • Modul 6: Akaun Untung Rugi
  • Modul 7: Kunci Kira-Kira
  • Modul 8: Sistem Perakaunan

Kepentingan Akaun Perniagaan

Didalam kursus ini, peserta akan didedahkan dengan kepentingan akaun perniagaan yang baik dan terusus untuk keperluan pemilik perniagaan dan syarikat.

Diantara yang akan dibincangkan adalah:

  • Keperluan akaun perniagaan didalam pengurusan Cukai LHDN
  • Keperluan akaun perniagaan didalam urusan Pinjaman Bank
  • Kepentingan akaun perniagaan didalam permohonan bantuan kerajaan
  • Kepentingan akaun perniagaan untuk mendapatkan pelaburan.

Masa & Tempat Kursus Akaun Perniagaan

Kursus ini akan dibuat di lokasi berdekatan peserta yang mendaftar di seluruh negara. Pihak penganjur akan memaklumkan kepada peserta yang berminat tentang lokasi terkini dari masa ke semasa.

Pastikan anda daftarkan nama anda secara percuma dengan pihak kami untuk kami maklumkan kepada anda.

Jurulatih Kursus

Ahmad Jafny Richmind Legacy

Kursus Akaun Perniagaan ini akan disampaikan oleh Tuan Ahmad Jafny bin Jusoh.

Beliau adalah seorang akauntan yang berpengalaman luas didalam bidang perakaunan syarikat dan juga audit perakaunan syarikat di Malaysia.

Percuma Template Akaun Perniagaan Excel

Didalam Kursus Akaun Perniagaan ini, peserta akan diberikan secara PERCUMA Template Akaun Perniagaan Ringkas untuk digunakan didalam membuat akaun perniagaan masing-masing.

Template akaun excel ini mudah dan ringkas untuk digunakan sesuai dengan modul yang diajarkan didalam kursus ini. Template ini akan membantu secara automatik untuk membuat akaun untung rugi dan kunci kira-kira secara ringkas , tepat dan lengkap.

Peserta akan diajar secara praktikal bagaimana menggunakan template akaun ini dengan cepat dan pantas untuk menyediakan akaun perniagaan yang lengkap dan teratur.

Daftar sekarang nama anda untuk kami terus maklumkan lokasi dan tarikh terkini Kursus Akaun Perniagaan Cara Mudah kepada anda.

Dapatkan Berita Terkini

No Fields Found.

Richmind Legacy Sdn Bhd

PT 2499, Tingkat 2, Kota Kenangan, Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Lot 60483, Taman Ilham 2, Jalan Tati, Kampong Panchor, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman